Saturday, September 24, 2011

mati eh materialistik.

kaum kerabat or kaum keluarga yang bersikap dengki dan iri hati adalah lebih teruk berbanding ahli politik yang tidak jujur.


quote ini, aku yang cakap. hasil pemikiran spontan yang terbit selepas pemerhatian yang panjang. dari pengalaman sendiri yang ku kira, mungkin orang lain juga pernah mengalami keadaan yang sama atau lebih kurang.

kaum kerabat / keluarga SEPATUTNYA adalah orang yang paling dekat dengan kita, paling baik, paling akrab, paling membantu, paling menyokong..paling mendokong kita dalam apa jua keadaan yang memerlukan. okeh, mungkin bukan dalam apa jua keadaan..tapi seharusnya dalam kebanyakaan keadaan yang memerlukan. betul bukan? tapi bagaimana pula halnya jika terjadi yang sebaliknya.. keluarga yang paling diharap, tapi dia itulah yang paling menjadi perosak kita. gunting dalam lipatan. musuh dalam selimut. semuanya hanya kerana perasaan dan sikap irihati dan dengki yang terbit di hati sanubarinya. rezeki kita, Tuhan sudah tentukan bahagian masing-masing. yang ini, tidak kira apa hubungan saudara atau sahabat, tetap tidak sama bahagian rezekinya yang Allah sudah tentukan. maka janganla ba ada sifat iri hati or dengki bila melihat kesenangan orang lain tu, lebih2 lagi dengan kaum kerabat/keluarga sendiri. patutnya kau tumpang gembira sama sebab saudara kau senang. bukan kau dengki then buat kacau porak perandakan hidup orang.

hanya kerana harta/wang ringgit..kau rosakkan keharmonian hubungan kekeluargaan. hanya kerana sikap materialistik kau tu...kau kacau bilaukan ketenangan sebuah kampung.

tolong lah berubah wahai manusia yang bergelar saudara. ubahlah sikap tu. duit bukan segala-galanya. sekuat manapun kemahuannmu untuk nya, kalau tuhan tidak berikan bahagian rezeki yang bukan kepunyaanmu, tetap juga kau tdak akan mendapatkannya. kau punya akal..waraskan la ia. kau punya fikiran..rasionalkan la ia. kau punya iman, teguhkanlah ia. jangan la tunjukkan diri seperti kebodohan hanya semata-mata kerana mengejar material dunia. hidup kau tidak akan pernah aman dan bahagia dengan begitu.

mengapa ku kata, ahli kluarga yang bersifat begini lebih teruk berbanding ahli politik yang tidak jujur..? kerana..

1. ahli politik bukan darah daging sndr. (unless saudara yangpendengki itu mmg ahli politik la, itu lain quotenya suda). dia buat apa pun yang buruk, ble terima alasan bhwa, dia orang luar..yg tidak kisah kita siapa untuk dia rosakkan ketenangan kita. tapi klu saudara sendiri sanggup buat begitu...saudara spesies apa begitu? tidak layak panggil saudara suda kan.

2. ahli politik tidak jujur, kerana biasanya cita2 mereka mahu berkuasa n menaikkan partinya. boleh terima, bahawa dia memperjuangkan sesuatu yang mungkin beri kesenangan untuk ramai orang yg memihak padanya. means, boleh jadilah jika dia dapat berkuasa, dia ble membawa kebaikan pada RAMAI ORANG, (iaitu penyokongnya, wpun itu bukanlah kita). means, dia tidak la selfish utk dirinya saja. tp, klu saudara sndr bersikap dengki...dia mahu bolot harta untuk siapa lagi klu bukan hanya utk DIRINYA SAHAJA. kan? betapalah sangat selfish orang yg hanya fikir ttg dirinya sahaja. even keluarga sndr dipinggir/ d sabotaj.

so, dua contoh sebab di atas, aku rasa bolehla cukup utk jelaskan kenapa quote di atas sekali tu ble aku terfikir. mungkin ada antara kamu yg kurang setuju alasan2 tu, or rasa quote aku tu x betul. bullsh*t. well, you're most welcome to think n invent your own quote...if any :p

0 bird singing:

Post a Comment