Sunday, March 25, 2012

sudah sudah la.

dgn sombong dan bongkaknya kau berkata, kota itu adalah segala-galanya.
lupa asal usul, lupa ibu bapa..harap-harap masih belum lupa ajaran agama.
kata-kata tidak cukup untuk menebus kesalahan-kesalahan lalu..
janji-janji tidak cukup untuk membuktikan keikhlasan..
niat tidak menghalalkan cara.
semua harus ada tindakan yang betul, semua harus ada bukti nyata melalui perbuatan.
jika perbuatan yang dilakukan saja sudah nampak menyalahi peraturan,
bagaimana mahu meyakinkan bahawa kata-kata mu adalah kebenaran?
tiada maaf bagi orang yang tiada kesedaran.
tiada kasihan pada orang yang tiada penyesalan.
bagaimana kau mahu tanah ini untuk menerima kau
sedangkan kau sendiri dengan bongkaknya menolak tanah ini.
walaupun kau tahu darahmu tertumpah di sini, uri mu tertanam di tanah ini.
tidak perlu ke sini jika tidak sudi untuk dikebumikan di sini bila mati nanti.
jangan lagi menambah susah orang di sini dengan bebanan yang kau cipta di situ.
jika kau rasa kau sudah cukup bagus, maka tanggunglah diri mu dan dosa pahala mu sendiri di situ.
mungkin kau lebih bahagia begitu. dan kami juga lebih senang begitu.

0 bird singing:

Post a Comment