Friday, May 25, 2012

politics? no thanks.

aku tidak minat politik. seboleh-bolehnya aku tidak mahu masuk campur isu politik atau bercakap mengenainya. bagi aku, politik ini adalah bullshit semata-mata. lebih banyak kotor dan buruknya berbanding yang baik dan bersihnya. tapi itu tidak bermakna aku tidak punya pendapat ku sendiri tentang isu politik. aku mendengar, memerhati, menganalisis, berfikir, menapis, mentafsir, menaksir... i do have my own opinion about politik scenario in our country, but i keep my mouth shut. why? sebab aku sedar sejauh mana n sekuat mana kapasiti ku untuk bercakap mengenainya.

sejujurnya, aku cukup meluat dan mencebik pada orang yang bersemangat sangat bercakap pasal politik walaupun dia bukanlah ahli politik. mengulas dan berbahas mengenai politik di mana-mana, macamlah dia calon mo naik pilihanraya. berapi-api bicara sapa betul sapa salah, sapa suci sapa rasuah, sapa seleweng sapa mulia.. tapi yang bercakap itu hanyalah orang biasa yang mungkin baru turun mengundi sekali sahaja sepanjang hidupnya. yg paling teruk, langsung belum pun daftar sebagai pengundi.

bapaku punya akses besar kepada cerita scenario politik negara. bapaku, dia punya tanggungjawab menyimpan cerita politik negara. bapaku punya tugas menyampaikan cerita politik negara kepada masyarakat, samada cerita benar atau tidak benar. dia juga seperti aku, punya pandangan sendiri tentang isu politik negara. tapi dia juga tidak berbicara terbuka mengenai politik di mana-mana. ceritanya nya hanya dikongsi di meja makan rumah kami..atau mungkin terselit di perbualan harian semasa kami menumpang di keretanya. kalau diperkirakan, dia punya kapasiti cukup besar untuk jadi ahli politik. punya cukup penyokong untuk menang. dan punya cukup ilmu untuk menjadi "big boss". tapi dia tidak mahu. dia tidak minat. sebab dia tahu macammana buruknya permainan politik. dia sudah rasa juga "hentaman" politik yang disalahguna kuasa..bukan sekali, malah dua kali. namun kedua-duanya cukup bisa dia atasi..kerana dia punya kapasiti cukup kuat utk patahkan kuasa politik itu.

tapi

tapi

tapi


orang tua itu memilih untuk diam saja.tidak perlu bising sana sini, ulas sana sini..sedangkan yang ko boleh lakukan hanya membuang undi di peti undi. kalau cukup berani, bangkitlah jadi pemimpin seterusnya. ataupun, tak perlu jadi pemimpin untuk buat perubahan. buat sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan tanpa merosakkan suasana keamanan sejagat. tindakan baik yang senyap lebih baik daripada kata-kata nyaring tapi kosong semata. sembang kadai kupi teda guna bah. bikin habis air liur seja.

oh..wlu x minat politik, tapi aku masih ikut perkembangan semasa. paling hebat orang sembang di kadai kupi sekarang, isu debat paling femes di abad ini. alaaa..yang keluar d astro awani malam aritu tu bah. yang terpaling aku masih berfikir sampai sekarang..apa kunun objektif debat dua orang hebat tu..? apa objektif nya?? sampai sekarang aku x nampak apa kesan rentetan perdebatan famous itu. so apa refleksi yang ble dibuat..??

-kedua-dua orang pendebat hebat. si A penuh fakta, c B bijak berkata-kata.-

itu ka objektifnya..mau tunjuk hebat wakil2 parti politik ni..? ataupun adakah mo kasi tunjuk c B salah, banyak seleweng, maka undilah c A, nanti dorang putung hutang kamu. ataupun, mo tunjuk c A ni memang hebat, berkebolehan, memang patut dipilih jadi next leader tp c B suda banyak dia buat tolong orang satu negara.suda terbukti ke-leadership-an dia. ituka objektifnya..? haha. yang aku paling pasti, ranking penonton Astro Awani malam tu memang naik la. yg paling untung jugak c Astro Measat Sdn Bhd. heh.

politik d malaysia = macam drama swasta.

ps : masa debat itu berlangsung, aku pula langsung tidur. uninteersted untuk lihat dua orang bercakap macam hebat to prove their point, but at the end macam pointless bagi aku.. bagus lagi tengok budak-budak bermain..bingit, bising tapi menghiburkan. seriously for me, politic in Malaysia is sh*t.

0 bird singing:

Post a Comment